Projek Beg Kecemasan

Musim tengkujuh diramalkan akan tiba tak lama sahaja lagi. Amaran-amaran kemungkinan banjir juga telah dikeluarkan oleh agensi-agensi kerajaan di beberapa buah negeri. Pada musim banjir December tahun lalu, 48 kematian direkodkan dalam bencana alam tersebut.
Antara saranan yang wajar dikuti adalah setiap keluarga bersedia dengan sebuah beg kecemasan yang sedia digunakan pada waktu yang memerlukan.
Namun, harus kita ingat, tak semua keluarga berkemampuan untuk menyediakan beg kecemasan ini walaupun nampak murah di mata sesetengah orang.
Oleh yang demikian, ECJ Cares menjalankan satu inisiatif dalam membantu keluarga-keluarga yang kurang berkemampuan terutamanya di kawasan-kawasan yang berpotensi banjir besar, mendapatkan sebuah beg kecemasan ECJ Cares ini.
Di dalam Beg Kecemasan ECJ Cares, terdapat barang-barang penting yang mungkin mampu menyelamatkan nyawa mereka dan keluarga mereka ketika situasi banjir nanti.
- 1 x pek makanan segera sedia untuk dimakan
- 1 x pek kurma sebagai makanan kecemasan
- 1 x Powerbank yang didatangkan dengan lampu suluh
- 1 x Beg asas bantuan kecemasan
- 2 x Selimut termal
- 1 x botol air minuman
- 1 x set kit kebersihan
Ayuh bersama-sama kita meringankan beban mereka bagi mendapatkan beg kecemasan ini. Sumbangan anda mungkin mampu menyelamatkan nyawa mereka.